Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Tuesday, January 26, 2010

Program Juara Rakyat-Juara Pendidikan 2010 - 23 Januari 2010

Dua buah Tabika Perpaduan dari Daerah Gombak iaitu Tabika Perpaduan Taman Sri Gombak A dan Tabika Perpaduan Puncak telah menyertai Peraduan Mewarna yang dianjurkan dalam Program Juara Rakyat - Juara Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Jalan Sungai Pusu Gombak pada 23 Januri 2010. Tabika Perpaduan Taman Sri Gombak yang diiringi oleh Cikgu Anita telah menghantar seramai 16 kanak-kanak manakala Tabika Perpaduan Puncak yang diiringi oleh Cikgu Azimah telah menghantar seramai 1o kanak-kanak untuk menyertai peraduan tersebut. .

Selain Tabika Perpaduan, Tadika Kemas turut menyertainya dengan menghantar seramai 50kanak-kanak. Adik Nuralya Syafiqah Binti Ahmad Masseri dari Tabika Perpaduan Puncak telah menjadi Johan dalam peraduan tersebut. Selain dari guru Tabika Perpaduan, ibu bapa turut membantu serta bersama sepanjang peraduan berlangsung. Komitmen yang ditunjukkan oleh ibu bapa amat dihargai dan diharap ianya berkekalan dan seterusnya ditingkatkan demi masa depan kanak-kanak.



Wednesday, January 20, 2010

Bengkel Pengurusan Rekod Kanak-Kanak - 19 Januari 2010

Pada 19 Januari 2010 jam 2.30 petang Bengkel Pengurusan Rekod Kanak-Kanak telah dianjurkan untuk Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak di Tabika Perpaduan Taman Bandar Baru Selayang. Tujuan bengkel ini adalah untuk persiapan Hari Bertemu Pelanggan yang akan diadakan dua kali setahun di mana ibubapa berpeluang mengikuti perkembangan kanak-kanak serta merapatkan lagi hubungan dengan pihak Tabika Perpaduan serta Jabatan.

Harapan JPNIN Daerah Gombak ialah dengan adanya rekod ini ibubapa sama-sama dapat membantu perkembangan kanak-kanak terutamanya ketika di rumah. Buat pertama kali Bengkel ini dikendalikan oleh Cikgu Siti Khursiah Binti Mohd Johan dan Cikgu Nurashidah Binti Mohd Nor yang merupakan Jurulatih Utama Pelapis bagi Daerah Gombak dengan pemantauan oleh Cikgu Anita yang juga merupakan Jurulatih Utama. Segala persiapan dilaksanakan oleh Badan Kebajikan Dan Pemuafakatan Kakitangan Dan Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak di bawah pengurusan Cikgu Intan Hazeha binti Ariffin.
En Magedran a/l Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Pn Lasteri binti Said Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, En Za'aba bin Abd Rahman Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah merangkap Penyelia Tabika serta Pn Rahayu binti Abd Wahab Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah turut hadir ke bengkel tersebut. Memandangkan kesuntukan masa, bengkel ini akan disambung semula pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan kelak.

Sunday, January 10, 2010

Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2010 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor - 10 Januari 2010

Pada 10 Januari 2010 bertempat De Palma Hotel, Shah Alam, kakitangan serta Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Jabatan Perpaduan Dan Integrsai Nasional(JPNIN) Daerah Gombak telah hadir ke Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2010 yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor. Majlis ini dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia. Y.Berusaha Tuan Haji Abdul Halim bin Omar, Pengarah JPNIN Negeri Selangor serta Timbalan Puan Nurul Akmalina turut hadir bagi menjayakan majlis tersebut.
Sebelum itu pada jam 9.00 pagi, kesemua peserta berpeluang mengikuti Bicara Gagasan 1Malaysia yang disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Nasir bin Safar, Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri. Pada majlis itu juga Pelancaran Buku Pelan Tindakan 5 Tahun Jiran Muda Negeri Selangor (2010-2014) disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Azman Amin.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010