Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Sunday, March 21, 2010

Program Kejurulatihan Perkhemahan JPNIN Negeri Selangor - 19 - 21 Mac 2010

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor telah mengambil inisatif dengan menganjurkan Program Kejurulatihan Perkhemahan bagi Pegawai serta Jurulatih Utama Tabika Perpaduan dari 19 hingga 21 Mac 2010 di Amberstone, Hulu Selangor. Ianya turut disertai oleh Pegawai serta Jurulatih Utama dari Daerah Gombak. Program ini bertujuan melahirkan Jurulatih Perkhemahan di kalangan pegawai serta guru di JPNIN Negeri Selangor supaya tenaga mereka dapat digunakan sebagai fasilitator atau jurulatih bagi program-program perkhemahan yang bakal diadakan samada di peringat daerah ataupun negeri. Selain daripada itu, pihak JPNIN Negeri Selangor dapat membantu JPNIN Ibupejabat Putarajaya dengan menyumbangkan tenaga jurulatih jika diperlukan.

Pelbagai pendedahan atau aktiviti dilaksanakan sepanjang program ini. Pada hari pertama iaitu 19 Mac 2010, peserta diberi taklimat serta penerangan tentang Kraf Perkhemahan. Selain itu aktiviti Memecah Batasan Sosial, Dinamik Kumpulan, Kepimpinan 1Malaysia, Selera Malaysia, Aktiviti Berhalangan, Integrasi Budaya, Night Tracking serta Cinta Negara turut diadakan sepanjang program ini. Seramai 44 orang Pegawai serta Jurulatih Utama dari 9 Daerah di Negeri Selangor menghadiri program ini di mana ianya dikendalikan oleh En Mohd Zamri Nusi sebagai Tim Kem Komandan, En Azali Sidek, En Mohd Hairul Azan Haderi, En Abdul Rashid Abd Samad, Pn Nomalin Saikhani sebagai Jurulatih/Fasilitator dari JPNIN Negeri Selangor manakala Puan Nurul Akmalina binti Samsuddin Timbalan Pengarah Negeri Selangor bertindak sebagai Kem Komandan. Manakala urusetia program terdiri dari En Mohd Rizal Sohari, En Nor Azman Zainuddin dan En Mohd Azahari Mohd Zin. Para peserta juga dibekalkan Manual Perkhemahan JPNIN serta Pelan Tindakan Lima Tahun 2010-2014 Jiran Muda Negeri Selangor yang disediakan oleh JPNIN Negeri Selangor sebagai bahan rujukan untuk mengendalikan program sebegini. Sokongan dari Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Halim bin Omar, Pengarah JPNIN Negeri Selangor turut memberi semangat serta dorongan bagi Puan Nurul serta para jurulatih/fasilitator bagi menjayakan program ini. Majlis Persamian Penutup program ini telah disempurnakan pada hari terakhir 21 Mac 2010 oleh Puan Nurul Akmalina binti Samsudin selaku Kem Komandan. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi mencapai objektif JPNIN dalam mewujudkan perpaduan di dalam kepelbagaian. SYABAS BUAT SEMUA YANG TERLIBAT.

Monday, March 01, 2010

Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Gombak Bil 1/2010 - 24 Februari 2010

Pada 24 Februari 2010 jam 8.30 mlm, JPNIN Daerah Gombak telah mengadakan Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Gombak Bil 1/2010. KRT Selayang Jaya yang dipengerusikan oleh Tn Johnson Ooi Chin Hong telah menjadi tuan rumah pada mesyuarat kali ini. Satu taklimat insuran juga telah diadakan oleh Insuran Takaful supaya AJKRT faham tentang perlindungan insuran yang disediakan. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Puan Lasteri Said Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak. Pengerusi/wakil KRT yang hadir memberi kerjasama yang baik bagi perjalanan mesyuarat ini. Notis Perlantikan AJKRT turut diserahkan pada mesyuarat ini. Pelbagai persoalan dikemukakan sepanjang mesyuarat dan ianya berlangsung dengan semangat setiakawan bagi manafaat masyarakat setempat. Semoga mesyuarat sebegini dapat diteruskan dengan kerjasama serta sokongan dari KRT dan pihak yang berkaitan. Syabas dan Tahniah kepada mereka yang telah dilantik menjadi AJKRT bagi penggal 2010-2011. Semoga kerjasama ini berkekalan.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010