Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Monday, April 12, 2010

PERSIAPAN PINTAR SABAH 15 - 18 APRIL 2010

Persiapan akhir Program Pintar Tabika Perpaduan Daerah Gombak dan Hulu Selangor telah diadakan pada 12 April 2010 bertempat di Dewan Kelab Golf Bukit Beruntung dari jam 3.00 petang. Kedua-dua Guru/Pen Guru dari Tabika Perpaduan Daerah Gombak dan Hulu Selangor telah melaksanakan latihan ini dengan jayanya sebagai persiapan terakhir sebelum ke Sabah pada 15 April 2010 hingga 18 April 2010. Turut hadir untuk menyaksikan latihan ini ialah Encik Magedran, PPD Daerah Gombak dan Puan Rahayu serta Encik Khairul dan Encik Azadiky dari Hulu Selangor.
Kedua-dua daerah bergabung untuk pergi ke Sabah pada program kali ini. Oleh itu, untuk membentuk satu kerjasama yang erat maka beberapa latihan telah dilaksanakan secara timbal balik di antara kedua-dua daerah. Malah pada 12 Mac 2010 satu mesyuarat telah di adakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Gombak yang dipengerusikan oleh Puan Nurul Akmalina, Timbalan Pengarah Negeri Selangor bagi menyelaras perlaksanaan aktiviti di antara Gombak dan Hulu Selangor. Guru/Pen Guru setiap daerah akan mempersembahkan empat jenis tarian dan slide presentation kelas tabika masing-masing pada program ini. Satu tarian secara gabung bersama juga akan dipersembahkan ketika mereka berada di Sabah. Semoga usaha ini akan membuahkan hasil yang baik serta menwujudkan semangat integrasi yang erat.

Monday, April 05, 2010

Aktiviti KRT Daerah Gombak - 4 April 2010

Pada 4 April 2010, beberapa KRT Daerah Gombak telah menganjurkan aktiviti di kawasan masing-masing. Hasil lawatan PPD dan PPP pada hari berkenaan, KRT Apartment Setia Rawang dan KRT Kampung Baru Sungai Bakau menganjurkan Gotong Royong bagi membersihkan kawasan sekitar penginapan. KRT Apartment Setia Rawang telah mengambil tindakan menembang pokok-pokok disekitar apartment mereka bagi menghalang monyet masuk ke rumah. Manakala KRT Kampung Baru Sungai Bakau membersihkan kawasan sekitar bagi menghalang nyamuk denggi yang makin merebak ketika ini.

Mesyuarat Pengerusi KRT Daerah Gombak Bil 2/2010 - 2 April 2010

Mesyuarat Pengerusi KRT Daerah Gombak Bil 2/2010 telah berjalan dengan lancar pada 2 April 2010 jam 8.30 malam bertempat di Dewan Serbaguna Batu 16, Rawang. KRT Rawang B yang di pengerusikan oleh Tn Zahir bin Abdullah menjadi tuan rumah pada mesyuarat kali ini. Sebelum mesyuarat bermula, satu taklimat disampaikan oleh pegawai dari AADK Daerah Gombak supaya KRT lebih peka terhadap gejala dadah yang berlaku serta mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung masalah ini. Kerjasama sebegini dengan agensi-agensi lain akan diteruskan supaya sama-sama menjaga keselamatan serta keharmonian penduduk setempat.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010