Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Monday, October 18, 2010

Majlis Perasmian Tabika Perpaduan Pangsapuri Birchwood - 10 Oktober 2010

Pada 10 Oktober 2010, Y. Bhg. Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor telah sudi hadir untuk menyempurnakan Perasmian Tabika Perpaduan Pangsapuri Birchwood yang telah dibuka pada tahun 2010. Persiapan majlis telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga dan dibantu oleh Guru / Pen Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Pada majlis ini juga, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak Tabika Perpaduan serta kanak-kanak berumur bahawa 12 tahun dari penduduk setempat turut diadakan. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak, JPTP serta AJKRT mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Y.Bhg Tuan Pengarah untuk hadir ke majlis ini.

Mesyuarat Guru/Pen Guru Bil 9/2010 - 7 Oktober 2010

Mesyuarat Guru/Pen Guru Bil 10/2010 diadakan pada 7 Oktober 2010 di Tabika Perpaduan Pangsapuri Nuri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Rahayu Binti Abdul Wahab Penyelia Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Turut hadir Encik Magedran a/l Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan Puan Azean Binti Abdul Rahman Penolong Pegawai Perpaduan Daerah yang baru.

Pada hari yang sama, mesyuarat persiapan Hari Graduan dan Tabikarama peringkat Daerah Gombak yang dipengerusikan oleh Cikgu Suriyati Binti Zakaria dari Tabika Perpaduan PKKN Sungai Buloh turut diadakan bagi menyemak persiapan yang dilakukan oleh biro-biro yang diberi tanggungjawab. Kesempatan ini juga digunakan oleh Cikgu Siti Khursiah binti Mohd Johan selaku pengerusi program dari Tabika Perpaduan Kg Wira Damai bagi membincangkan program yang akan dilaksanakan di Kem Biro Tatanegara pada 12 hingga 14 November 2010. Akhir sekali majlis sambutan hari lahir diadakan bagi menyambut pegawai serta guru dan pen guru yang lahir pada bulan September dan Oktober.

Tuesday, October 12, 2010

Bacaan Yassin Dan Tazkirah Biro Agama - 4 Ogos 2010

Majlis Bacaan Yassin dan Tazkirah untuk menyambut bulan Ramadan diadakan pada 4 Ogos 2010 jam 3.00 petang bertempat di Surau Nurul Falah Taman Bersatu. Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Hanafi bin Abdul Malek yang bertajuk "AMANAH KEPADA ALLAH, MAJIKAN DAN DIRI SENDIRI". Majlis ini disertai oleh semua pegawai JPNIN Gombak, Guru / Pen Guru Tabika Perpaduan dan JPTP Daerah Gombak.

Majlis seterusnya diakhiri dengan Bacaan Yassin dan Doa Selamat oleh Ustazah Siti IInah binti Mohd Mustafar.

Pada hari yang sama Majlis Sambutan Harijadi diadakan di perkarangan Tabika Perpaduan Taman Bersatu A untuk pegawai dan guru serta penolong guru JPNIN Daerah Gombak.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010