Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Saturday, November 20, 2010

Majlis Dialog KRT Bersama PDRM & PBT - 15 November 2010

Majlis Dialog Keselamatan Kawasan Rukun Tetangga bersama PDRM dan PBT telah dilaksanakan pada 15.11.2010 jam 8.30 malam bertempat di perkarangan Rumah Pangsa Blok A & B Rawang Perdana. Majlis ini disertai oleh semua KRT Daerah Gombak, Ketua-Ketua Balai Polis Gombak dan Ampang serta Majlis Perbandaran Selayang. Turut hadir dalam majlis ini ialah OCPD Daerah Gombak Tuan Rahim. Majlis dimulai dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan diikuti Bacaan Doa.


Setelah jamuan makan, sesi dialog dimulai dengan penerangan ringkas oleh Tuan Magedran a/l Muniandy, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak diikuti oleh penerangan
oleh Tuan Rahim serta wakil Majlis Perbandaran Selayang. Majlis ini dirancang untuk diadakan di perkarangan Rumah Pangsa supaya pihak yang terbabit akan dapat melihat suasana sebenar kehidupan di kawasan berkenaan. Pengerusi KRT Daerah Gombak berpeluang mendapatkan penjelasan terhadap setiap masalah yang dikemukakan kepada agensi yang hadir. Harapan JPNIN Daerah Gombak supaya setiap permasalahan yang wujud di Daerah Gombak dapat diselesaikan secara pemuafakatan.

Thursday, November 18, 2010

Program Motivasi Biro Tatanegara - 12-14 November 2010

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak bersama Biro Tatanegara telah menganjurkan Program Motivasi Biro Tatanegara bermula dari 12 November 2010 hingga 14 November 2010 di Kem Bina Negara Meru, Klang Selangor. Program ini disertai oleh Pegawai, Guru, Pen Guru, Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga dan penduduk di Daerah Gombak. Pada hari pertama 12.11.2010 sesi dimulai dengan ceramah 1Malaysia yang disampaikan oleh Encik Mohd Aizal Bin Baharuddin Ketua Fasilitator bagi program ini.
Beberapa aktiviti seperti Kembara Rukun Negara dan aktiviti lasak dilaksanakan sepanjang program ini. Sesi bersama tokoh turut diadakan bagi membolehkan peserta bersoal jawab. Upacara penutup dilakukan oleh Cik Norhaida Binti Ariffin Pengetua Kem Bina Negara Meru, Klang pada 14 November 2010.

Wednesday, November 17, 2010

Majlis Jamuan Perpaduan & Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan AJKRT Daerah Gombak 2010-2011 - 31 Oktober 2010

Pada 31 Oktober 2010 bertempat di Dewan MPS Taman Kanching Rawang, Selangor, Majlis Jamuan Perpaduan dan Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan AJKRT Daerah Gombak 2010-2011 telah diadakan. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan Taklimat Insuran Takaful dan diikuti oleh Ceramah 1Malaysia oleh Pegawai Penerangan Daerah Gombak. Upacara penyampaian Cek Takaful berjumlah RM 20,000 turut disempurnakan kepada isteri kepada Encik Murad salah seorang anggota Skim Rondaan Sukarela dari KRT Taman Garing Utama yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohamad Fithal, wakil kepada Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak.

Tuesday, November 16, 2010

Hari Graduan Dan Tabikarama Tabika Perpaduan Daerah Gombak 2010 - 24 Oktober 2010

Hari Graduan Dan Tabikarama Tabika Perpaduan Daerah Gombak Tahun 2010 telah berlangsung pada 24 Oktober 2010 jam 8.00 pagi di Auditorium Hospital Sungai Buloh. Puan Suriyati bt Hj Zakaria, Guru Tabika Perpaduan Pusat Kawalam Kusta Negara dilantik menjadi Pengerusi Program pada kali ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Sebanyak 18 Tabika Perpaduan dan 524 kanak-kanak terlibat dalam majlis ini. Penyampaian sijil diselang-selikan dengan persembahan kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Majlis telah berlangsung dengan penuh gemilang dengan sambutan dari ibu bapa, JPTP dan KRT yang sangat menggalakkan. Sumbangan berbentuk hamper juga telah diberi oleh KRT Daerah Gombak sebagai sokongan kepada majlis ini. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak mengucapkan jutaaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010