Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Wednesday, February 23, 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Pada 20 Februari 2011 jam 8.00 pagi bertempat di Taman Bersatu B, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Gombak telah menjadi tuan rumah untuk aktiviti Senam 1Malaysia bagi dua Daerah iaitu Gombak dan Hulu Selangor. Kedua-dua pegawai dan Guru serta Penolong Guru terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini berjalan serentak di beberapa buah daerah di Negeri Selangor.

Friday, February 04, 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010

Pada 30 Disember 2010 dari jam 9.00 pagi-4.30 petang bertempat di Tabika Perpaduan Taman Bersatu, JPNIN Daerah Gombak telah melaksanakan Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru untuk persiapan sesi Tabika 2011. Bengkel ini di kendalikan oleh tiga Jurulatih Utama Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak iaitu Cikgu Anita binti Mohamad, Cikgu Siti Khursiah binti Johan dan Cikgu Norashidah binti Mohd Noor. Bengkel ini telah di bahagi kepada tiga bahagian iaitu Bengkel 1 dan 2 bertajuk Ketrampilan serta Persediaan kelas telah disampaikan oleh Cikgu Anita, manakala Bengkel Tugasan Guru dan Pen Guru menghantar maklumat tabika ke pejabat telah disampaikan oleh Cikgu Siti Khursiah. Pada hari yang sama juga Cikgu Anita telah menyampaikan mengenai pengisian buku ringkasan dengan dibantu oleh Cikgu Siti Khursiah dan Cikgu Norashidah.Adalah diharapkan dengan adanya bengkel ini, Guru dan Pen Guru dapat menimba dan meningkatkan pengetahuan untuk melaksanakan tugas pada tahun 2011.

Saturday, November 20, 2010

Majlis Dialog KRT Bersama PDRM & PBT - 15 November 2010

Majlis Dialog Keselamatan Kawasan Rukun Tetangga bersama PDRM dan PBT telah dilaksanakan pada 15.11.2010 jam 8.30 malam bertempat di perkarangan Rumah Pangsa Blok A & B Rawang Perdana. Majlis ini disertai oleh semua KRT Daerah Gombak, Ketua-Ketua Balai Polis Gombak dan Ampang serta Majlis Perbandaran Selayang. Turut hadir dalam majlis ini ialah OCPD Daerah Gombak Tuan Rahim. Majlis dimulai dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan diikuti Bacaan Doa.


Setelah jamuan makan, sesi dialog dimulai dengan penerangan ringkas oleh Tuan Magedran a/l Muniandy, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak diikuti oleh penerangan
oleh Tuan Rahim serta wakil Majlis Perbandaran Selayang. Majlis ini dirancang untuk diadakan di perkarangan Rumah Pangsa supaya pihak yang terbabit akan dapat melihat suasana sebenar kehidupan di kawasan berkenaan. Pengerusi KRT Daerah Gombak berpeluang mendapatkan penjelasan terhadap setiap masalah yang dikemukakan kepada agensi yang hadir. Harapan JPNIN Daerah Gombak supaya setiap permasalahan yang wujud di Daerah Gombak dapat diselesaikan secara pemuafakatan.

Thursday, November 18, 2010

Program Motivasi Biro Tatanegara - 12-14 November 2010

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak bersama Biro Tatanegara telah menganjurkan Program Motivasi Biro Tatanegara bermula dari 12 November 2010 hingga 14 November 2010 di Kem Bina Negara Meru, Klang Selangor. Program ini disertai oleh Pegawai, Guru, Pen Guru, Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga dan penduduk di Daerah Gombak. Pada hari pertama 12.11.2010 sesi dimulai dengan ceramah 1Malaysia yang disampaikan oleh Encik Mohd Aizal Bin Baharuddin Ketua Fasilitator bagi program ini.
Beberapa aktiviti seperti Kembara Rukun Negara dan aktiviti lasak dilaksanakan sepanjang program ini. Sesi bersama tokoh turut diadakan bagi membolehkan peserta bersoal jawab. Upacara penutup dilakukan oleh Cik Norhaida Binti Ariffin Pengetua Kem Bina Negara Meru, Klang pada 14 November 2010.

Wednesday, November 17, 2010

Majlis Jamuan Perpaduan & Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan AJKRT Daerah Gombak 2010-2011 - 31 Oktober 2010

Pada 31 Oktober 2010 bertempat di Dewan MPS Taman Kanching Rawang, Selangor, Majlis Jamuan Perpaduan dan Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan AJKRT Daerah Gombak 2010-2011 telah diadakan. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan Taklimat Insuran Takaful dan diikuti oleh Ceramah 1Malaysia oleh Pegawai Penerangan Daerah Gombak. Upacara penyampaian Cek Takaful berjumlah RM 20,000 turut disempurnakan kepada isteri kepada Encik Murad salah seorang anggota Skim Rondaan Sukarela dari KRT Taman Garing Utama yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohamad Fithal, wakil kepada Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak.

Tuesday, November 16, 2010

Hari Graduan Dan Tabikarama Tabika Perpaduan Daerah Gombak 2010 - 24 Oktober 2010

Hari Graduan Dan Tabikarama Tabika Perpaduan Daerah Gombak Tahun 2010 telah berlangsung pada 24 Oktober 2010 jam 8.00 pagi di Auditorium Hospital Sungai Buloh. Puan Suriyati bt Hj Zakaria, Guru Tabika Perpaduan Pusat Kawalam Kusta Negara dilantik menjadi Pengerusi Program pada kali ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Sebanyak 18 Tabika Perpaduan dan 524 kanak-kanak terlibat dalam majlis ini. Penyampaian sijil diselang-selikan dengan persembahan kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Majlis telah berlangsung dengan penuh gemilang dengan sambutan dari ibu bapa, JPTP dan KRT yang sangat menggalakkan. Sumbangan berbentuk hamper juga telah diberi oleh KRT Daerah Gombak sebagai sokongan kepada majlis ini. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak mengucapkan jutaaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Monday, October 18, 2010

Majlis Perasmian Tabika Perpaduan Pangsapuri Birchwood - 10 Oktober 2010

Pada 10 Oktober 2010, Y. Bhg. Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor telah sudi hadir untuk menyempurnakan Perasmian Tabika Perpaduan Pangsapuri Birchwood yang telah dibuka pada tahun 2010. Persiapan majlis telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga dan dibantu oleh Guru / Pen Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Pada majlis ini juga, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak Tabika Perpaduan serta kanak-kanak berumur bahawa 12 tahun dari penduduk setempat turut diadakan. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak, JPTP serta AJKRT mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Y.Bhg Tuan Pengarah untuk hadir ke majlis ini.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010