Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Sunday, February 21, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan(JPTP) Daerah Gombak Tahun 2010 - 21 Februari 2010

Pada 21 Februari 2010 bertempat di Tingkat 3, Auditorium Hopital Sungai Buloh, Selangor, JPNIN Daerah Gombak telah menganjurkan Majlis Penyerahan Watikah JPTP Daerah Gombak Tahun 2010. Julung kali majlis ini diadakan peringkat daerah bagi memberi pengiktirafan kepada JPTP yang sanggup bersama Tabika Perpaduan dan JPNIN bagi menjalankan serta melancarkan aktiviti yang akan dianjurkan oleh Tabika Perpaduan. Majlis ini dianjurkan sepenuhnya oleh Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Untuk melancarkan perancangan serta perjalanan majlis ini, Puan Rahayu binti Abd Wahab dilantik sebagai penasihat manakala Cikgu Intan Nazeha binti Ariffin dari Tabika Perpaduan Tun Teja A dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan ahli jawatankuasa dilantik dikalangan Guru dan Penolong Guru.
Majlis ini dimulakan dengan ceramah Bangsa Malaysia
Dan Perpaduan Negara yang disampaikan oleh Puan Nurul Akmalina binti Shamsuddin, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Selangor pada jam 9.00 pagi diikuti dengan persembahan Tarian Melayu oleh Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Pada jam 11.00 pagi satu lagi ceramah bertajuk Peranan JPTP telah disampaikan oleh Puan Siti Zuraidah binti Abd Majid, Penolong Pengarah Unit Pendidikan JPNIN Selangor. Dalam majlis ini juga Y.Bhg. Tuan Mohamed Afandi bin Abd Rani, Pengarah
Biro Tatanegara Negeri Selangor memberi ceramah bertajuk Kenegaraan Memupuk Semangat Perpaduan. Pada jam 4.00 petang upacara penyerahan watikah JPTP telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tn Hj Abdul Halim bin Omar, Pengarah JPNIN Negeri Selangor. Pengacara bagi majlis ini terdiri dari kakitangan serta guru tabika iaitu Puan Rahayu binti Abd Wahab, Cik Juliana Eadrayanti binti Johari dan Cikgu Anita binti Talib. Majlis ini diselang-seli dengan Persembahan Kebudayaan Tarian Cina, Tarian Barat, Tarian India dan juga Tarian Rampai. Tidak ketinggalan juga, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Gombak dijemput ke majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka menubuhkan KRT dan seterusnya Tabika Perpaduan.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010