Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Monday, July 19, 2010

Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak 2010 - 18 Julai 2010

Pada 18 Julai 2010 bertempat di Padang Institut Kraf Negara Rawang, JPNIN Gombak telah menganjurkan Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak yang disertai seramai 526 orang kanak-kanak dari 18 buah Tabika Perpaduan di Daerah Gombak. Acara telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan untuk kanak-kanak Tabika Perpaduan dan 3 acara untuk ibubapa. Upacara perasmian oleh Y. Bhg Pn Siti Zuraidah binti Abd Majid, Penolong Pengarah Unit Pendidikan JPNIN Negeri Selangor telah berlangsung pada jam 1.00 petang. JPNIN Gombak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan sukaneka ini.

Sunday, July 11, 2010

Bengkel e-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak - 26 Jun 2010

Bengkel e-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak dilaksanakan dengan jayanya pada 26 Jun 2010. Bengkel ini di laksanakan di Kolej Komuniti Selayang oleh dua Jurulatih Utama iaitu Cikgu Nurashidah dari Tabika Perpaduan Matang Pagar selaku ketua bengkel dan Cikgu Siti Khursiah dari Tabika Perpaduan Kampung Wira Damai. Tujuan bengkel ini dilaksanakan untuk memahirkan Guru dan Penolong Guru dalam penggunaan Sistem e-TP yang diperkenalkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.

Tuesday, July 06, 2010

Hari Bertemu Pelanggan Tabika Perpaduan Daerah Gombak - 3 Julai 2010

Pada 3 Julai 2010, kesemua Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan. Ianya bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Ibubapa atau penjaga yang hadir diberi penerangan tentang perkembangan kanak-kanak tabika berdasarkan profail serta rekod yang telah dibuat oleh Guru dan Penolong Guru Tabika sejak awal tahun. Harapan JPNIN Daerah Gombak dengan penerangan ini ibubapa dapat membantu kanak-kanak di rumah.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010