Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Monday, December 28, 2009

Bengkel Persediaan Buku Ringkasan Mengajar, Menu Dan ABM - 15 Disember 2009 dan 16 Disember 2009

Bengkel Persediaan Buku Ringkasan Mengajar, Menu dan ABM untuk Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah dilaksanakan pada 15 dan 16 Disember 2009 di Tabika Perpaduan Taman Sri Gombak A. Bengkel ini dikendalikan oleh Cikgu Anita Binti Talib, Jurulatih Utama Tabika Perpaduan Daerah Gombak dengan dibantu oleh biro-biro di bawah Badan Kebajikan dan
Pemuafakatan Kakitangan dan Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak yang dipengerusikan oleh Cikgu Intan Nazeha Binti Ariffin dari Tabika Perpaduan Taman Tun Teja A.
Bengkel yang dirancang pada tahun 2010 diadakan lebih awal bagi memahirkan Guru dan Penolong Guru untuk mengendalikan kurikulum baru yang diperkenalkan. Bengkel ini disertai oleh Guru dan Penolong Guru dari semua Tabika Perpaduan Daerah Gombak dan ianya berjaya dikendalikan oleh Cikgu Anita mengikut perancangan.

Saturday, December 26, 2009

Pembukaan Tabika Perpaduan Blok 18 Pangsapuri Birchwood Court - Januari 2010


Pada Januari 2010 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak akan membuka sebuah lagi Tabika Perpaduan di KRT Blok 18 Pangsapuri Birchwood Court. Pembukaan Tabika ini atas permohonan KRT di sebabkan permintaan penduduk di kawasan berkenaan. Jabatan akan membantu membuka Tabika Perpaduan baru sekiranya permohonan dikemukakan oleh KRT dari masa ke semasa.
Oleh itu KRT perlu peka terhadap permintaan penduduk di kawasan masing-masing demi menjaga kebajikan serta memupuk perpaduan di kalangan kanak-kanak tabika dan seterusnya penduduk di kawasan berkenaan. Syabas kepada Tuan Mokhtar Bin Zakaria serta Ahli Jawatankuasa KRT Blok 18 Pangsapuri Birchwood Court.

Karnival Sukan Perpaduan KRT Daerah Gombak Tahun 2009 - 14 November hingga 6 Disember 2009


Karnival Sukan Perpaduan KRT Daerah Gombak Tahun 2009 berlangsung dari 14 November 2009 hingga 6 Disember 2009 di kawasan Taman Rawang Perdana. Kemuncak karnival pada 6 Disember 2009 berlangsung di KRT Rawang Perdana 8. Y.B Senator Dato' T. Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudi hadir untuk merasmikan karnival ini. Turut hadir memeriahkan karnival ini ialah Y.Bhg. Puan Nurul Akmalina, Timbalan Pengarah JPNIN Selangor serta En Magedran a/l Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.
Karnival yang julung kali dianjurkan ini bertujuan untuk merapatkan lagi Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga di dalam Daerah Gombak seterusnya menjalinkan hubungan dengan penduduk setempat. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak berharap kesemua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Daerah Gombak mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingankan. Kekuatan sesuatu KRT dapat dilihat dari jumlah penyertaan dalam acara yang dipertandingkan.
Karnival ini dianjurkan sepenuhnya oleh KRT Taman Rawang Perdana dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak di mana Pengerusi KRT Rawang Perdana 8 Tuan Samsudin bin Mohamad bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga di Kawasan Taman Rawang Perdana. Pelbagai acara dipertandingkan seperti bolasepak, sepaktakraw, badminton, tali tali, jogathon, pertandingan mewarna,sukan rakyat serta sukaneka. Agensi kerajaan seperti PDRM, Penjara, Kementerian Kesihatan, Bomba serta agensi swasta terlibat dalam pameran pada hari kemuncak. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak berharap acara seumpama ini diadakan dari masa kesemasa dimana dianjurkan oleh KRT sendiri dengan penyertaan semua KRT di Daerah Gombak.

Majlis Hari Graduan Dan Tabikarama Tabika Perpaduan Daerah Gombak - 14 November 2009


Majlis ini telah berlangsung pada 14 November 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Bidara. Sebanyak 17 Tabika Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional mengambil bahagian bagi menjayakan majlis ini. Pegawai Perpaduan Daerah Gombak Encik Magedran a/l Muniandy telah hadir untuk merasmikan majlis ini. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan, Ibu Bapa serta Guru dan Penolong Guru turut serta menjayakan serta memeriahkan majlis ini. Kanak-kanak Tabika Perpaduan telah
menunjukkan bakat masing-masing dalam persembahan seni di mana setiap Tabika Perpaduan di Daerah Gombak mengambil bahagian Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010