Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Tuesday, June 22, 2010

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Perpaduan Peringkat Negeri Selangor 2010 - 20 Jun 2010

Majlis perasmian Sambutan Bulan Perpaduan peringkat Negeri Selangor Tahun 2010 telah diadakan pada 20 Jun 2010 jam 8.00 malam di The Grand Ballroom De Palma Shah Alam. Majlis telah di rasmikan oleh Y.B. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ke majlis ialah Y. Bhg. Dato' Azman Amin Ketua Pengarah JPNIN Malaysia serta isteri. Seramai 150 AJKRT, SRS, JPTP, Guru serta pegawai dari JPNIN Daerah Gombak menghadiri majlis tersebut. Penyampian Anugerah Cemerlang KRT, SRS dan Tabika Perpaduan Terbaik 2009 turut diadakan dalam majlis tersebut.
KRT Taman Permata A, SRS Kampung Baru Sungai Bakau dan Tabika Perpaduan PKKN Sungai Buloh memenangi Anugerah Cemerlang bagi Daerah Gombak pada kali ini. JPNIN Daerah Gombak mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut dan bagi KRT, SRS serta Tabika Perpaduan yang tidak berjaya berusahalah dan bersaing secara sihat bagi memperbaiki prestasi masing-masing untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun JPNIN Daerah Gombak mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua KRT, SRS serta Tabika Perpaduan kerana sanggup terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

Sambutan Hari Bapa KRT Flat A Dan B Rawang Perdana - 20 Jun 2010

KRT Flat A dan B Rawang perdana telah menyambut Hari Bapa pada 20 Jun 2010 jam 1.30 petang di perkarangan Flat mereka. Walaupun diraikan secara sederhana, penyertaan pelbagai kaum dalam majlis ini memberi seribu satu makna kepada KRT. Anggota Polis dari Balai Polis Rawang turut dijemput ke majlis ini sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka dalam menangani masalah jenayah bersama KRT setempat. Seramai 10 bapa diraikan dalam majlis ini di mana Pengerusi KRT En Subramaniam telah menyerahkan cenderamata kepada mereka.

Monday, June 21, 2010

Program Teman Pili Bomba KRT Taman Rawang Perdana Fasa 5 - 20 Jun 2010

Pada 20 Jun 2010, beberapa KRT Daerah Gombak menganjurkan aktiviti untuk penduduk kawasan KRT berkenaan. Pada jam 8.30 pagi, KRT Taman Rawang Perdana Fasa 5 menganjurkan Taklimat Teman Pili Bomba dengan kerjasama Balai Bomba Kawasan Rawang. Pegawai dan anggota Bomba memberi taklimat tentang cara-cara menjaga Pili Bomba dan kepentingannya. Pemeriksaan serta kerja-kerja pembersihan juga turut dilakukan di di beberapa Pili Bomba di kawasan berkenaan. Penduduk di kawasan berkenaan turut menjadi teman Pili Bomba yang berhampiran dengan rumah mereka dengan mengisi borang yang diberi. Usaha yang dilakukan oleh KRT Taman Rawang Perdana Fasa 5 ini bukan sahaja dapat menjaga kebersihan Pili Bomba, malah dapat menyelamatkan nyawa ketika berlaku kebakaran.

Saturday, June 05, 2010

Mesyuarat Pengerusi KRT Daerah Gombak Bil 3/2010 - 5 Jun 2010


Mesyuarat Pengerusi KRT Daerah Gombak Bil 3/2010 telah diadakan pada 5 Jun 2010 jam 8.30 malam di Pusat Rukun Tetangga Rawang A. KRT Rawang A yang dipengerusikan oleh Tn Lim Ying Hoe menjadi tuan rumah pada mesyuarat kali ini. Beliau bersama AJKRT membuat persiapan rapi dengan meletakkan tanda arah bagi memudahkan pengerusi-pengerusi mencari lokasi Pusat Rukun Tetangga mereka. Walau pun agar sukar mencari kedudukan pusat berkenaan, pengerusi sanggup mencari bagi menghadiri mesyuarat pada kali ini. Sikap begini harus dikekalkan serta ditingkatkan bagi menjalin hubungan silaturahim yang erat dikalangan KRT sebagai contoh dan asas kepada perpaduan penduduk di kawasan KRT berkenaan.
Kesudian pengerusi-pengerusi KRT untuk hadir turut memberi sokongan serta menunjukkan tanda terima kasih kepada tuan rumah yang sanggup menerima tetamu pada hari berkenaan Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh PPP(K) En Za'aba bin Abdul Rahman selaku penyelia Kawasan Rukun Tetangga baru menggantikan Pn Lasteri yang telah bertukar ke Sabah.

Mesyuarat Guru / Pen Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak - 4 Jun 2010


Pada 4 Jun 2010 jam 2.30 petang bertempat di Tabika Perpaduan Prima Selayang, Mesyuarat guru/pen guru telah diadakan. Ini merupakan mesyuarat kedua yang dipengerusikan oleh PPP Puan Rahayu binti Abdul Wahab sejak menjadi Penyelia Tabika Perpaduan baru menggantikan En Za'aba bin Abdul Rahman yang kini menjadi Penyelia Kawasan Rukun Tetangga menggantikan Puan Lasteri binti Said yang bertukar ke Sabah.
Mesyuarat ini berjalan lancar dengan masing-masing memberi laporan berkenaan tabika mereka. Persiapan Hari Bertemu Pelanggan turut dibincangkan bagi membolehkan semua pihak memberi maklumbalas yang baik kepada ibu bapa. Beberapa teguran turut diberi bagi membaiki kelemahan-kelemahan yang dikenalpastikan untuk tujuan menjaga imej guru / pen dan seterusnya Tabika dibawah penyeliaan mereka.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010