Hari Graduan Dan Tabikarama Tabika Perpaduan Daerah Gombak Tahun 2010 telah berlangsung pada 24 Oktober 2010 jam 8.00 pagi di Auditorium Hospital Sungai Buloh. Puan Suriyati bt Hj Zakaria, Guru Tabika Perpaduan Pusat Kawalam Kusta Negara dilantik menjadi Pengerusi Program pada kali ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Sebanyak 18 Tabika Perpaduan dan 524 kanak-kanak terlibat dalam majlis ini. Penyampaian sijil diselang-selikan dengan
persembahan kanak-kanak Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Majlis telah berlangsung dengan penuh gemilang dengan sambutan dari ibu bapa, JPTP dan KRT yang sangat menggalakkan. Sumbangan berbentuk hamper juga telah diberi oleh KRT Daerah Gombak sebagai sokongan kepada majlis ini. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak mengucapkan jutaaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.
Tuesday, November 16, 2010
Monday, October 18, 2010
Majlis Perasmian Tabika Perpaduan Pangsapuri Birchwood - 10 Oktober 2010
Pada 10 Oktober 2010, Y. Bhg. Tuan Haji Abdul Halim Bin Omar Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor telah sudi hadir untuk menyempurnakan Perasmian Tabika Perpaduan Pangsapuri Birchwood yang telah dibuka pada tahun 2010. Persiapan majlis telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga dan dibantu oleh Guru / Pen Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Pada majlis ini juga, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak Tabika Perpaduan serta kanak-kanak berumur bahawa 12 tahun dari penduduk setempat turut diadakan. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak, JPTP serta AJKRT mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Y.Bhg Tuan Pengarah untuk hadir ke majlis ini.


Mesyuarat Guru/Pen Guru Bil 9/2010 - 7 Oktober 2010
Mesyuarat Guru/Pen Guru Bil 10/2010 diadakan pada 7 Oktober 2010 di Tabika Perpaduan Pangsapuri Nuri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Rahayu Binti Abdul Wahab Penyelia Tabika Perpaduan Daerah Gombak. Turut hadir Encik Magedran a/l Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan Puan Azean Binti Abdul Rahman Penolong Pegawai Perpaduan Daerah yang baru.
Pada hari yang sama, mesyuarat persiapan Hari Graduan dan
Tabikarama peringkat Daerah Gombak yang dipengerusikan oleh Cikgu Suriyati Binti Zakaria dari Tabika Perpaduan PKKN Sungai Buloh turut diadakan bagi menyemak persiapan yang dilakukan oleh biro-biro yang diberi tanggungjawab. Kesempatan ini juga digunakan oleh Cikgu Siti Khursiah binti Mohd Johan selaku pengerusi program dari Tabika Perpaduan Kg Wira Damai bagi membincangkan program yang akan dilaksanakan di Kem Biro Tatanegara pada 12 hingga 14 November 2010. Akhir sekali majlis sambutan hari lahir diadakan bagi menyambut pegawai serta guru dan pen guru yang lahir pada bulan September dan Oktober
.
Tuesday, October 12, 2010
Bacaan Yassin Dan Tazkirah Biro Agama - 4 Ogos 2010

Majlis seterusnya diakhiri dengan Bacaan Yassin dan Doa Selamat oleh Ustazah Siti IInah binti Mohd Mustafar.
Monday, July 19, 2010
Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak 2010 - 18 Julai 2010
Pada 18 Julai 2010 bertempat di Padang Institut Kraf Negara Rawang, JPNIN Gombak telah menganjurkan Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak yang disertai seramai 526 orang kanak-kanak dari 18 buah Tabika Perpaduan di Daerah Gombak. Acara telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan untuk kanak-kanak Tabika Perpaduan dan 3 acara untuk ibubapa. Upacara perasmian oleh Y. Bhg Pn Siti Zuraidah binti Abd Majid, Penolong Pengarah Unit Pendidikan JPNIN Negeri Selangor telah berlangsung pada jam 1.00 petang. JPNIN Gombak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan sukaneka ini.
Sunday, July 11, 2010
Bengkel e-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak - 26 Jun 2010
Bengkel e-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak dilaksanakan dengan jayanya pada 26 Jun 2010. Bengkel ini di laksanakan di Kolej Komuniti Selayang oleh dua Jurulatih Utama iaitu Cikgu Nurashidah dari Tabika Perpaduan Matang Pagar selaku ketua bengkel dan Cikgu Siti Khursiah dari Tabika Perpaduan Kampung Wira Damai. Tujuan bengkel ini dilaksanakan untuk memahirkan Guru dan Penolong Guru dalam penggunaan Sistem e-TP yang diperkenalkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.
Tuesday, July 06, 2010
Hari Bertemu Pelanggan Tabika Perpaduan Daerah Gombak - 3 Julai 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)

