Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan. Terima kasih kerana melayari blog ini.
Monday, April 05, 2010
Aktiviti KRT Daerah Gombak - 4 April 2010
Pada 4 April 2010, beberapa KRT Daerah Gombak telah menganjurkan aktiviti di kawasan masing-masing. Hasil lawatan PPD dan PPP pada hari berkenaan, KRT Apartment Setia Rawang dan KRT Kampung Baru Sungai Bakau menganjurkan Gotong Royong bagi membersihkan kawasan sekitar penginapan. KRT Apartment Setia Rawang telah mengambil tindakan menembang pokok-pokok disekitar apartment mereka bagi menghalang monyet masuk ke rumah. Manakala KRT Kampung Baru Sungai Bakau membersihkan kawasan sekitar bagi menghalang nyamuk denggi yang makin merebak ketika ini.
Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010
!-end>
UCAPAN PENGHARGAAN / TERIMA KASIH
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi/Wakil KRT yang hadir ke Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Gombak yang telah diadakan pada 18 Februari 2011 jam 8.00 malam bertempat di KRT Taman Melawati serta tidak lupa juga kepada Tuan Jamal Adenan Pengerusi KRT Taman Melawati dan AJKRT yang sudi menjadi tuan rumah pada mesyuarat tersebut.
PENGUMUMAN
Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Gombak akan diadakan sekali setiap dua bulan. Setiap KRT akan diberi peluang untuk menjadi tuan rumah secara bergilir-gilir melalui senarai KRT pejabat JPNIN. Pengerusi atau wakil KRT dikehendaki hadir bukan sahaja bertujuan menghadiri mesyuarat malah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta mengenali AJKRT dan lokasi KRT berkenaan. JPNIN Daerah Gombak mengucapkan syabas dan terima kasih kepada KRT yang memberi kerjasama sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.
BERITA TERKINI
Mesyuarat Pengurusan Dan Operasi JPNIN GombakBil 2/2011 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 7 Februari (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pej JPNIN Gombak
Pegawai dan Guru berkenaan diwajibkan hadir
Mesyuarat Guru/Pen Guru TP Daerah Gombak Bil 2/2011 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 10 Februari 2011 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : TP Bandar Baru Selayang Fasa 2
Guru dan Pen Guru diwajibkan hadir
Mesyuarat Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Gombak Bil. 1/2011 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 18 Februari 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : KRT Taman Melawati
Dijemput semua pengerusi/wakil hadir
"1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilia-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia."
-Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak- Perdana Menteri Malaysia