Pada 18 Julai 2010 bertempat di Padang Institut Kraf Negara Rawang, JPNIN Gombak telah menganjurkan Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak yang disertai seramai 526 orang kanak-kanak dari 18 buah Tabika Perpaduan di Daerah Gombak. Acara telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan untuk kanak-kanak Tabika Perpaduan dan 3 acara untuk ibubapa. Upacara perasmian oleh Y. Bhg Pn Siti Zuraidah binti Abd Majid, Penolong Pengarah Unit Pendidikan JPNIN Negeri Selangor telah berlangsung pada jam 1.00 petang. JPNIN Gombak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan sukaneka ini.
Monday, July 19, 2010
Sunday, July 11, 2010
Bengkel e-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak - 26 Jun 2010
Bengkel e-TP Tabika Perpaduan Daerah Gombak dilaksanakan dengan jayanya pada 26 Jun 2010. Bengkel ini di laksanakan di Kolej Komuniti Selayang oleh dua Jurulatih Utama iaitu Cikgu Nurashidah dari Tabika Perpaduan Matang Pagar selaku ketua bengkel dan Cikgu Siti Khursiah dari Tabika Perpaduan Kampung Wira Damai. Tujuan bengkel ini dilaksanakan untuk memahirkan Guru dan Penolong Guru dalam penggunaan Sistem e-TP yang diperkenalkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.
Tuesday, July 06, 2010
Hari Bertemu Pelanggan Tabika Perpaduan Daerah Gombak - 3 Julai 2010
Tuesday, June 22, 2010
Majlis Perasmian Sambutan Bulan Perpaduan Peringkat Negeri Selangor 2010 - 20 Jun 2010
Majlis perasmian Sambutan Bulan Perpaduan peringkat Negeri Selangor Tahun 2010 telah diadakan pada 20 Jun 2010 jam 8.00 malam di The Grand Ballroom De Palma Shah Alam. Majlis telah di rasmikan oleh Y.B. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ke majlis ialah Y. Bhg. Dato' Azman Amin Ketua Pengarah JPNIN Malaysia serta isteri. Seramai 150 AJKRT, SRS, JPTP, Guru serta pegawai dari JPNIN Daerah Gombak menghadiri majlis tersebut. Penyampian Anugerah Cemerlang KRT, SRS dan Tabika Perpaduan Terbaik 2009 turut diadakan dalam majlis tersebut. KRT Taman Permata A, SRS Kampung Baru Sungai .jpg)
Bakau dan Tabika Perpaduan PKKN Sungai Buloh memenangi Anugerah Cemerlang bagi Daerah Gombak pada kali ini. JPNIN Daerah Gombak mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut dan bagi KRT, SRS serta Tabika Perpaduan yang tidak berjaya berusahalah dan bersaing secara sihat bagi memperbaiki prestasi masing-masing untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun JPNIN Daerah Gombak mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua KRT, SRS serta Tabika Perpaduan kerana sanggup terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan ini..jpg)
.jpg)
Bakau dan Tabika Perpaduan PKKN Sungai Buloh memenangi Anugerah Cemerlang bagi Daerah Gombak pada kali ini. JPNIN Daerah Gombak mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut dan bagi KRT, SRS serta Tabika Perpaduan yang tidak berjaya berusahalah dan bersaing secara sihat bagi memperbaiki prestasi masing-masing untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun JPNIN Daerah Gombak mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua KRT, SRS serta Tabika Perpaduan kerana sanggup terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan ini..jpg)
Sambutan Hari Bapa KRT Flat A Dan B Rawang Perdana - 20 Jun 2010
KRT Flat A dan B Rawang perdana telah menyambut Hari Bapa pada 20 Jun 2010 jam 1.30 petang di perkarangan Flat mereka. Walaupun diraikan secara sederhana, penyertaan pelbagai kaum dalam majlis ini memberi seribu satu makna kepada KRT. Anggota Polis dari Balai Polis Rawang turut dijemput ke majlis ini sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka dalam menangani masalah jenayah bersama KRT setempat. Seramai 10 bapa diraikan dalam majlis ini di mana Pengerusi KRT En Subramaniam telah menyerahkan cenderamata kepada mereka..jpg)
Monday, June 21, 2010
Program Teman Pili Bomba KRT Taman Rawang Perdana Fasa 5 - 20 Jun 2010
Pada 20 Jun 2010, beberapa KRT Daerah Gombak menganjurkan aktiviti untuk penduduk kawasan KRT berkenaan. Pada jam 8.30 pagi, KRT Taman Rawang Perdana Fasa 5 menganjurkan Taklimat Teman Pili Bomba dengan kerjasama Balai Bomba Kawasan Rawang. Pegawai dan anggota Bomba memberi taklimat tentang cara-cara menjaga Pili Bomba dan kepentingannya. Pemeriksaan serta kerja-kerja pembersihan juga turut dilakukan di di beberapa Pili Bomba di kawasan berkenaan. Penduduk di kawasan berkenaan turut menjadi teman Pili Bomba yang berhampiran dengan rumah mereka dengan mengisi borang yang diberi. Usaha yang dilakukan oleh KRT Taman Rawang Perdana Fasa 5 ini bukan sahaja dapat menjaga kebersihan Pili Bomba, malah dapat menyelamatkan nyawa ketika berlaku kebakaran.
Saturday, June 05, 2010
Mesyuarat Pengerusi KRT Daerah Gombak Bil 3/2010 - 5 Jun 2010
.jpg)
Mesyuarat Pengerusi KRT Daerah Gombak Bil 3/2010 telah diadakan pada 5 Jun 2010 jam 8.30 malam di Pusat Rukun Tetangga Rawang A. KRT Rawang A yang dipengerusikan oleh Tn Lim Ying Hoe menjadi tuan rumah pada mesyuarat kali ini. Beliau bersama AJKRT membuat persiapan rapi dengan meletakkan tanda arah bagi memudahkan pengerusi-pengerusi mencari lokasi Pusat Rukun Tetangga mereka. Walau pun agar sukar mencari kedudukan pusat berkenaan, pengerusi sanggup mencari bagi menghadiri mesyuarat pada kali ini. Sikap begini harus dikekalkan serta ditingkatkan bagi menjalin hubungan silaturahim yang
erat dikalangan KRT sebagai contoh dan asas kepada perpaduan penduduk di kawasan KRT berkenaan.
erat dikalangan KRT sebagai contoh dan asas kepada perpaduan penduduk di kawasan KRT berkenaan. Kesudian pengerusi-pengerusi KRT untuk hadir turut memberi sokongan serta menunjukkan tanda terima kasih kepada tuan rumah yang sanggup menerima tetamu pada hari berkenaan Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh PPP(K) En Za'aba bin Abdul Rahman selaku penyelia Kawasan Rukun Tetangga baru menggantikan Pn Lasteri yang telah bertukar ke Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
