Selamat datang ke Blog Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat aktiviti serta pengurusan kepada Kawasan Rukun Tetangga, Guru / Penolong Guru Tabika Perpaduan serta pegawai dari Jabatan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen sila hubungi pihak pengurusan.
Terima kasih kerana melayari blog ini.


Wednesday, January 20, 2010

Bengkel Pengurusan Rekod Kanak-Kanak - 19 Januari 2010

Pada 19 Januari 2010 jam 2.30 petang Bengkel Pengurusan Rekod Kanak-Kanak telah dianjurkan untuk Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak di Tabika Perpaduan Taman Bandar Baru Selayang. Tujuan bengkel ini adalah untuk persiapan Hari Bertemu Pelanggan yang akan diadakan dua kali setahun di mana ibubapa berpeluang mengikuti perkembangan kanak-kanak serta merapatkan lagi hubungan dengan pihak Tabika Perpaduan serta Jabatan.

Harapan JPNIN Daerah Gombak ialah dengan adanya rekod ini ibubapa sama-sama dapat membantu perkembangan kanak-kanak terutamanya ketika di rumah. Buat pertama kali Bengkel ini dikendalikan oleh Cikgu Siti Khursiah Binti Mohd Johan dan Cikgu Nurashidah Binti Mohd Nor yang merupakan Jurulatih Utama Pelapis bagi Daerah Gombak dengan pemantauan oleh Cikgu Anita yang juga merupakan Jurulatih Utama. Segala persiapan dilaksanakan oleh Badan Kebajikan Dan Pemuafakatan Kakitangan Dan Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak di bawah pengurusan Cikgu Intan Hazeha binti Ariffin.
En Magedran a/l Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, Pn Lasteri binti Said Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Gombak, En Za'aba bin Abd Rahman Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah merangkap Penyelia Tabika serta Pn Rahayu binti Abd Wahab Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah turut hadir ke bengkel tersebut. Memandangkan kesuntukan masa, bengkel ini akan disambung semula pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan kelak.

Majlis JPTP Daerah Gombak - 27 Februari 2011

Senam 1Malaysia - 20 Februari 2011

Bengkel Pemantapan Dan Pelaksanaan Tugas Guru Dan Pen Guru - 30 Disember 2010