.jpg)
.jpg)
Karnival yang julung kali dianjurkan ini bertujuan untuk merapatkan lagi Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga di dalam Daerah Gombak seterusnya menjalinkan hubungan dengan penduduk setempat. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak berharap kesemua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Daerah Gombak mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingankan. Kekuatan sesuatu KRT dapat dilihat dari jumlah penyertaan dalam acara yang dipertandingkan..jpg)
.jpg)
Karnival ini dianjurkan sepenuhnya oleh KRT Taman Rawang Perdana dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak di mana Pengerusi KRT Rawang Perdana 8 Tuan Samsudin bin Mohamad bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga di Kawasan Taman Rawang Perdana. Pelbagai acara dipertandingkan seperti bolasepak, sepaktakraw, badminton, tali tali, jogathon, pertandingan mewarna,sukan rakyat serta sukaneka. Agensi kerajaan seperti PDRM, Penjara, Kementerian Kesihatan, Bomba serta agensi swasta terlibat dalam pameran pada hari kemuncak. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Gombak berharap acara seumpama ini diadakan dari masa kesemasa dimana dianjurkan oleh KRT sendiri dengan penyertaan semua KRT di Daerah Gombak.